fbpx

HomeBois belanja kira-kira setengah juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NUREDDY meletakkan harapan tinggi agar HomeBois layak beraksi pada Kejohanan MSC di Riyadh tahun ini. – HOMEBOIS

PASUKAN e-Sukan negara, HomeBois melakukan persiapan terbaik untuk menghadapi Liga Profesional Mobile Legends: Bang Bang (MPL) dalam misi menjuarai kejohanan yang bermula 29 Mac hingga 12 Mei depan.

Pengasas HomeBois, Nureddy Nursal meletakkan harapan tinggi kepada barisan baharu yang digelarkan sebagai ‘New Era’ selepas membelanjakan kira-kira setengah juta ringgit mempersiapkan pasukan itu.

Ganjaran bagi musim ke-13 kali ini adalah yang tertinggi dalam sejarah di mana juara bakal memperoleh kelayakan secara terus ke MLBB Mid Season Cup (MSC) yang bakal diadakan di Riyadh, Arab Saudi.

Lebih menarik, pasukan tersebut berpeluang memenangi hadiah terkumpul sehingga AS$3 juta (kira-kira RM14.34 juta) yang merupakan hadiah terbesar dalam sejarah ­pertandingan MLBB.

Nureddy atau mesra dengan panggil Daddy berkata, mereka mahu melakar kemenangan dan seterusnya layak ke Arab Saudi untuk mencipta sejarah baharu.

“Kita optimis dan realistik ­untuk menang berturut-turut. Selepas itu kita akan ke Riyadh dahulu dan jika bagus kita mahu dapat tiga kejohanan terus. Seterusnya kita akan bangkit di Kejohanan Dunia M6 nanti.

“Apapun kita tahu di MPL bukan mudah kerana rata-ratanya menyediakan pasukan terbaik. Oleh itu, kita letak sasaran realistik iaitu bergelar juara sekali lagi untuk dua kali berturut-turut.

“Barisan pemain juga boleh dikatakan era baharu kerana saya mengeluarkan perbelanjaan yang banyak dan saya yakin ­dengan kebolehan mereka,” katanya ­kepada Kosmo!.

HomeBois mencipta kelainan apabila mendapatkan pemain baharu dari Indonesia dikenali sebagai Udil atau nama sebenarnya Muhammad Julian Ar­diansyah dan bintang Filipina, Kanneth Sablande Barro yang diberi gelaran Nets.

Antara 10 pasukan yang berentap di MPL 2024 adalah se­perti TODAK, RSG Malaysia MPX NSEA, Barracuda Esports, King Empire, Selangor Red Giants, Team HAQ Bountee Esports dan Monster ­Vicious.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI