fbpx

Bot seludup daun ganja dipandu laju dalam gelap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota APMM menemui daun ganja segar di dalam tong yang dibuang penyeludup di perairan Langkawi, malam tadi.

LANGKAWI – Maritim Malaysia (APMM) berjaya mematahkan cubaan menyeludup dua kilogram (kg) daun ganja segar selepas mengesan sebuah bot fiber yang bergerak laju dalam keadaan gelap di perairan ini, malam tadi.

Bot tersebut dikesan di kedudukan 2.7 batu nautika utara Pulau Langgun kira-kira pukul 10 malam.

Pengarah Maritim Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa berkata, suspek yang menyedari kehadiran bot ronda APMM bertindak membuang satu tong berwarna kuning ke laut dan menukar haluan dengan berpatah balik menuju ke arah sempadan Thailand untuk melarikan diri.

“Hasil pemeriksaan ke atas tong itu menemui daun ganja segar dengan anggaran berat 2kg bernilai lebih RM6,000 dipercayai cuba diseludup masuk dari negara jiran untuk diproses dan dijual kepada rakyat tempatan,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, semua hasil rampasan dibawa ke Jeti Maritim Bukit Malut dan diserahkan kepada pegawai penyiasat bagi siasatan di bawah Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Menurut Romli, susulan itu, APMM Kedah dan Perlis merangka pelan tindakan bagi menangani kegiatan itu daripada berleluasa.

“Aset-aset APMM telah diletakkan dalam keadaan siap siaga sepanjang masa selain meningkatkan intipan, rondaan dan kawalan di lokasi panas serta melaksanakan operasi-operasi khas bersama Bahagian Perisikan dan Bahagian Siasatan Jenayah Maritim,” ujarnya.

Beliau pada masa sama meminta orang ramai dan persatuan nelayan supaya memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat dan melaporkan aktiviti penyeludupan yang berlaku bagi membanteras penyeludupan dadah dan daun ketum. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI