fbpx

Bongkar tembelang sindiket seludup babi, barangan elektrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Norlela (kanan) menunjukkan android televisyen dirampas pada sidang akhbar, hari ini. Foto AFIQ RAZALI

KLANG – Tembelang sindiket menyeludup daging babi, televisyen dan kipas siling sebagai perabot dan mozek lantai terbongkar apabila kesemua barangan bernilai keseluruhan 3.8 juta termasuk cukai gagal apabila berjaya dirampas pihak berkuasa di Pelabuhan Utara, di sini baru-baru ini.

Rampasan itu dilakukan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menerusi enam kontena keseluruhan pada 1 dan 13 Februari lalu.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Tengah, Norlela Ismail berkata, taktik pengikraran tersebut adalah disebabkan perabot tidak mempunyai permit.

Katanya, istilah perabot tersebut juga biasanya tidak didatangkan secara pasang siap dan memerlukan sejumlah kotak untuk mengaburi pihak berkuasa.

“Daging khizir contohnya dirampas dalam empat buah kontena bersaiz 12.1 meter persegi dan dipercayai dari Brazil. Berat keseluruhan daging tersebut adalah sebanyak 96,000 kilogram.

“Ia kemudiannya transit di Hong Kong sebelum ke negara ini dan akan melalui proses pembungkusan semula bagi pasaran di Malaysia. Kita percaya daging itu untuk jualan semasa perasaan Tahun Baru Cina,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Menurut beliau, pihaknya turut merampas 664 unit televisyen android dan 1,900 unit kipas siling ekoran tidak mempunyai permit atau kelulusan daripada SIRIM Berhad dan Suruhanjaya Tenaga (ST).

Malah Norlela menjelaskan, televisyen android itu telah diisytiharkan sebagai mozek lantai sebelum berjaya dikesan menerusi pengimbasan imej.

“Perbuatan ini benar-benar dengan niat menyeludup kerana mengisytiharkannya sebagai barangan lain. Ini akan merugikan negara dari segi kehilangan hasil malah turut mendatangkan ancaman kepada keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (a) Akta Kastam 1967,” katanya. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI