fbpx

Bayi setahun antara 34 PATI dicekup di Kota Bharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PATI yang dicekup di sebuah rumah kongsi ketika serbuan Ops SapuKutip JIM di sekitar Kota Bharu, semalam. FOTO IHSAN JIM KELANTAN

KOTA BHARU – Bayi berusia setahun merupakan antara 34 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang dicekup dalam Ops Sapu/Kutip oleh Jabatan Imigresen (JIM) di sekitar bandar ini pada semalam dan kelmarin.

Pengarah JIM Kelantan, Mohd. Faizal Shamsudin berkata, operasi tersebut melibatkan seramai 16 pegawai Bahagian Penguat Kuasa JIM Kelantan yang bermula pukul 9 pagi.

Menurutnya, seramai 40 PATI telah diperiksa dan 34 orang daripadanya yang berusia setahun hingga 47 tahun ditahan atas pelbagai kesalahan.

“Kesemua PATI itu merupakan 23 orang lelaki, perempuan (4), kanak-kanak lelaki (2) dan kanak-kanak perempuan (5). Mereka yang ditahan terdiri daripada warganegara Indonesia, Kemboja, Myanmar, Bangladesh, India dan Thailand.

“Sehubungan itu, JIM Kelantan menggesa orang ramai untuk tampil menyalurkan maklumat mengenai PATI atau sebarang aktiviti warga asing yang menyalahi undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd. Faizal memberitahu, tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap pihak yang mendalangi dan bersubahat melindungi PATI. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI