fbpx

Alizeh Agnihotri nafi ‘perkudakan’ Salman Khan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELAKON Alizeh Agnihotri dikecam ramai atas dakwaan menggunakan nama bapa saudaranya, Salman Khan untuk memasuki dunia Bollywood.

GERAKAN memboikot amalan nepotism di Bollywood atau pelakon daripada keluarga sendiri sudah lama dilaungkan penggiat industri perfileman.

Ramai karyawan menyelar tindakan syarikat produksi yang menggunakan khidmat bakat baharu semata-mata bersandarkan status sebagai anak bintang filem.

Anak saudara Salman Khan, Alizeh Agnihotri antara pelakon muda yang didakwa menggunakan tiket bapa saudara serta bapanya selaku pengarah untuk merebut peluang ke layar perak.

Begitupun, pucuk muda berusia 23 tahun itu menafikan tuduhan tersebut dengan menegaskan sudah berjinak-jinak dengan dunia peragaan sejak kecil.

Alizeh pernah mendapat peranan kecil dalam filem Hello bersama Salman ketika berumur lapan tahun, tetapi hanya serius dalam dunia hiburan selepas tamat pengajian kolej.

Tegasnya, seperti pendatang baharu lain dia juga perlu menjalani uji bakat untuk mendapatkan sesebuah watak.

Katanya, filem Farrey yang meraih komen memberangsangkan pengkritik membuktikan dia memang mempunyai bakat, bukan menggunakan nama keluarga sebagai tiket bergelar pelakon.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI