fbpx
Kakitangan menyapu sampah sarap yang ditinggalkan oleh pengguna LTU ketika pulang ke kampung pada musim perayaan baru-baru ini.

Petugas jumpa botol berisi air kencing di LTU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LIPIS – Botol berisi air kencing merupakan antara 300 kilogram sampah yang dibuang di tepi jalan oleh pengguna dari susur masuk Kechau Tui, Padang Tengku hingga ke Kampung Aur Gading di Lebuh Raya Lingkaran Tengah Utama (LTU).

Selain itu, barangan plastik, bungkusan makanan, bekas minuman dan lampin pakai buang bayi turut ditemui oleh petugas pembersihan disertai kakitangan Jabatan Kerja Raya, Roadcare, SWCorp dan Alam ­Flora daerah Lipis.

Jurutera Daerah (JKR) Daerah Lipis, Wan Zuhaimie Wan Salleh berkata, kesemua sampah sarap itu dibersihkan dalam tempoh empat jam dan dimasukkan ke dalam 150 beg membabitkan jarak lebih lima kilometer.

Katanya, keadaan itu merupakan fenomena pada cuti sekolah dan musim perayaan di mana bahu jalan akan dipenuhi sampah yang dibuang oleh pengguna LTU yang pulang ­ke ­kampung.

“Kami bersihkan kerana ia terlalu kotor dan mencacatkan pemandangan. Ia telah berlarutan selama tujuh tahun sebaik LTU dibuka kepada pengguna.

“Adalah diharapkan agar pengguna LTU dapat menjaga kebersihan seperti mana di kawasan lebuhraya lain kerana ia mencerminkan peribadi seseorang,” katanya di sini semalam.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan pengguna LTU diberi jolokan mentaliti kelas ketiga apabila masih terus membuang sampah di bahu jalan ketika berhenti seketika untuk pulang ke kampung halaman.

Sikap pengotor itu mendapat kecaman hingga memaksa pekerja pembersihan atau sukarelawan mengutip sampah sarap yang ditinggalkan mereka.

Menurut Wan Zuhaimie, walaupun selepas tamat musim cuti, laluan itu akan dibersihkan oleh mereka sebagai rasa tanggungjawab dan mengutamakan kebersihan yang amat dituntut dalam agama.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN