fbpx

JDT bakal monopoli Harimau Malaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JDT dijangka terus menguasai sebahagian besar skuad Harimau Malaya untuk menghadapi kempen Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Oman bulan depan. – JOHOR SOUTHERN TIGERS

PEMAIN Johor Darul Ta’zim (JDT) dijangka terus mendominasi skuad Harimau Malaya untuk mengharungi kempen Kumpulan D kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 bulan depan.

Walaupun ada yang men­dakwa kekuatan kewangan JDT membolehkan kelab itu merekrut pemain berkelas kebangsaan, namun pasukan lain tidak wajar ‘lepas tangan’, sebaliknya perlu memberi lebih ba­nyak pilihan kepada pengendali kebangsaan, Kim Pan-gon.

Pemerhati bola sepak tempatan, Zakaria Rahim tidak timbul isu cemburu apabila ramai pemain Harimau ­Se­latan mendapat panggilan skuad kebangsaan kerana realiti­nya JDT sudah mampu menyediakan ‘bahan mentah’ terbaik bagi dipadankan dengan resipi Pan-gon.

“Marah macam mana sekali pun kita kena terima hakikat, teknologi JDT dari segi latihan memang bagus dan boleh dikatakan taraf fasiliti atau pe­r­alatan mereka lebih tinggi daripada pasukan kebangsaan.

“Nak kuatkan pasukan kebangsaan mestilah datang daripada pemain yang dibangunkan atau dilatih oleh kelab. Kalau kelab latih dengan baik dan teknologi yang bagus, ia akan membantu pasukan kebangsaan.

“Sebab itu mereka semua ba­nyak diambil dari JDT. Bagusnya Terengganu juga ada kestabilan, mampu bayar pemain yang tetap bersemangat walaupun gaji tak sebesar pemain JDT,” katanya.

Daripada senarai 26 pemain ke Piala Asia di Qatar baru-baru ini, separuh skuad kendalian Pan-gon hadir daripada skuad Harimau Selatan.

Bulan depan, Harimau ­Malaya akan meneruskan kelayakan ­Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 dan dijadualkan bertemu pasukan ke-80 dunia, Oman bermula aksi di tempat lawan pada 22 Mac ini.

Kemudian pasukan kebangsaan akan turun untuk aksi timbal balik di Stadium Nasional Bukit Jalil empat hari kemudian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI