fbpx

DSP, Sarjan IPD Seberang Perai Tengah ditahan positif dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

GEORGE TOWN – Polis Pulau Pinang mengesahkan penahanan seorang pegawai berpangkat Deputi Superintendan (DSP) bersama seorang Sarjan selepas mendapati positif dadah dalam pemeriksaan saringan air kencing, Jumaat lalu.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, polis membuka dua kertas siasatan mengikut Seksyen 15 (1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan siasatan tatatertib berhubung dua kes berkenaan.

”Pegawai polis berpangkat Deputi Superintendan ini berusia 39 tahun dan Sarjan pula berumur 42 tahun. Mereka bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah (SPT).

”Mereka didapati positif dadah jenis Benzo dan THC selepas menjalani ujian saringan air kencing, Jumaat lalu,” katanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, kata beliau, pegawai dan anggota polis itu masih menjalankan tugas seperti biasa kerana masih tiada arahan untuk menahan kerja sementara menunggu laporan patolog.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI