MUDA dan segar. Itu istilah yang boleh digambarkan tentang kualiti penyanyi baharu, Arish Mikael yang bersemangat mempertaruhkan karya muziknya dalam industri seni pada usia seawal 21 tahun. Disebabkan suara seakan-akan penghibur tersohor Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad, secara tidak langsung kemunculan Arish mencuri tumpuan ramai. Rata-rata penonton yang menyaksikan penampilan sulungnya di konsert Temasya Anak Muda pada 6 Januari lalu teruja sebaik penyanyi dia beraksi di pentas. Biarpun dipuji dan disamakan dengan nama besar dalam industri hiburan, anak jati Muar,……