fbpx

Wanita diheret dalam kolam enggan teman lelaki diambil tindakan – Polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular wanita dikasari teman lelaki dalam kejadian di sebuah kondominium di Jalan Taylor, Bandar Sunway, kelmarin.

SUBANG JAYA – Polis mengesahkan kejadian wanita yang tular dikasari teman lelakinya dengan mengheret ke kolam renang berlaku di sebuah kondominium Jalan Taylor, Bandar Sunway, di sini, kelmarin.

Bagaimanapun, wanita terbabit yang sudah membuat laporan polis enggan meneruskan kes kerana tidak mahu sebarang tindakan diambil terhadap kekasihnya.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya mendapati kejadian berlaku di kawasan kolam renang kondominium terbabit, kira-kira pukul 3 petang kelmarin.

Kata beliau, mangsa yang berusia 19 tahun tampil membuat satu laporan polis berhubung kejadian itu pada pukul 6.30 petang.

“Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan tidak mahu mendapatkan rawatan.

“Wanita terbabit juga tidak mahu meneruskan kes kerana tidak mahu sebarang tindakan diambil terhadap teman lelakinya,” katanya dalam kenyataan semalam.

Terdahulu, tular video berdurasi satu minit 44 saat memaparkan seorang lelaki dan wanita bertengkar di tepi kolam renang.

Tidak lama kemudian, lelaki berkenaan menarik rambut wanita terbabit dan mengheretnya masuk ke dalam kolam renang.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI