fbpx

[VIDEO] Lelaki dikecam persoal konvoi ATM guna lorong kanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman memaparkan beberapa kenderaan milik ATM menggunakan lorong kanan di sebuah lebuh raya.

PETALING JAYA – Tindakan seorang lelaki mempersoalkan konvoi kenderaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menggunakan laluan paling kanan di lebuh raya menerima kecaman orang ramai.

Melalui sebuah video berdurasi satu minit 34 saat yang tular di media sosial, memaparkan lelaki berkenaan yang sedang memandu telah merakam beberapa kenderaan milik ATM yang memandu secara perlahan di lorong kanan.

Bagaimanapun tidak dinyatakan di mana kejadian itu berlaku.

“Bang, nak konvoi memang duduk sebelah kanan ya? Tak boleh duduk lorong tengah ya? Kasihan orang belakang nak memotong tak boleh.

“Nak tanyalah, aku tak tahu undang-undang jalan raya. Kau orang memang boleh duduk lorong kanan ke?,” soal lelaki itu.

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna mengecam tindakan lelaki tersebut yang disifatkan tidak menghormati pasukan ATM yang sedang melaksanakan tugas mereka.

“Untuk pengetahuan mudah, jika ATM ikut lorong kiri, maka sentiasa berlaku untuk memotong lori awam di hadapan. Maka boleh membahayakan pengguna jalan raya lain kerana ATM perlu bergerak secara berkumpulan,” kata Khalifah.

“Pada perakam, tak perlu faham undang-undang, tetapi cukup menjadi rakyat yang faham tanggungjawan dan kepentingan barisan hadapan yang siap-siaga menjaga keamanan negara,” kata Mohd. Azizan.

“Bukan hari-hari nak kena ikut belakang konvoi ATM. Yang kamu merakam semasa memandu boleh ke? Tanya saja,” kata Firdaus.

Sehingga kini, video tersebut telah ditonton lebih 200,000 kali. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI