fbpx

Kuasa veto PBB perlu dimansuh – Menteri Luar Ireland

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kuasa veto lima negara dianggap sebagai anakronisme. - Anadolu

MUNICH, Jerman – Menteri Luar Ireland, Michael Martin menyatakan bahawa kuasa veto lima negara di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tidak seharusnya dilaksanakan pada abad ke-21, lapor agensi berita Anadolu semalam.

“Kuasa veto harus dimansuhkan. Pada pandangan kami, ia adalah anakronisme (ketinggalan zaman),” katanya semasa Persidangan Keselamatan Munich di Jerman. 

Beliau merujuk kepada Amerika Syarikat yang menggunakan kuasa vetonya beberapa kali untuk menyekat gencatan senjata di Semenannjung Gaza semasa persidangan Majlis Keselamatan PBB.

“Ia tidak mempunyai tempat pada abad ke-21. Kami berpendapat bahawa Majlis Keselamatan tidak berfungsi,” jelasnya.

Tambah Martin, Majlis Keselamatan PBB gagal mengeluarkan kenyataan walaupun mengenai Ukraine. Ia jelas adalah kegagalan luar biasa selain resolusi di Gaza disifatkan lemah.

“Terdapat lebih banyak veto berbanding tindakan diambil oleh Majlis Keselamatan ke atas Gaza misalnya,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI