fbpx

Geram nak ‘butangkan’ baju Hun Haqeem

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HUN HAQEEM

LAMA juga Diva tidak dengar cerita tentang si kacak Hun Haqeem. Paling terbaharu mengenai dia tersingkir dalam program The Masked Singer Malaysia 4 minggu lalu.

Kemudian, muncul pula sebuah video TikTok baru-baru ini yang memaparkan Hun sedang diraikan beberapa rakan baiknya.

Bukan sambutan hari jadi itu yang Diva hendak beri penekanan tetapi baju yang dipakainya tidak dibutang habis!

Memang terselak-selaklah baju itu dan kelihatan seksi Hun dengan gaya sebegitu. Bukan Diva sahaja rasa macam itu, rupa-rupanya ramai yang geram melihat baju Hun tidak berbutang.

Kata mereka, rasa ‘ringan tangan’ hendak butangkan baju Hun yang terselak nampak dada dalam video tersebut.

“Baju tu kenapa? Butang hilang atau sengaja belanja sedikit dada?

“Alahai Hun, janganlah seksa kaum perempuan seperti kami. Butanglah baju itu,” komen netizen.

Lucu baca komen netizen. Tidak salah pun Hun tak butang baju tapi boleh membuatkan ramai tak keruan.

DIVA: Bahang Anugerah Juara Lagu ke-38 kian dirasai.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI