fbpx

Penguat kuasa wanita maut jatuh tingkat 21 kondominium

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang anggota penguat kuasa wanita ditemui maut selepas dioercayai terjatuh dari tingkat 21 sebuah kondominium.

KUALA LUMPUR – Seorang anggota penguat kuasa wanita ditemui maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 21 sebuah kondominium, di Cheras ,di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam, mayat wanita itu ditemui oleh pengawal keselamatan di kaki lima bangunan berkenaan dalam keadaan terbaring.

Menerusi foto yang disiarkan di media sosial, ketika kejadian, mangsa dikatakan telah menghempap bahagian hadapan sebuah kereta yang diletakkan di tingkat bawah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin mengesahkan perkara tersebut dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Difahamkan, mangsa berusia 40 tahun itu merupakan ibu tunggal dan mempunyai lima orang anak.

Laporan lanjut menyusul. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI