fbpx

Hanya 3.43 juta daftar Padu setakat ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR – Hanya 3.43 juta individu berusia 18 ke atas melibatkan warganegara dan pemastautin tetap direkodkan selesai membuat pendaftaran menerusi Pangkalan Data Utama (Padu).

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, daripada jumlah itu, seramai 1.2 juta ialah kakitangan kerajaan berdasarkan Status Semasa Bilangan Pengemaskinian Padu Penjawat Awam.

“Pendaftaran Padu berbaki 43 hari, yang akan dibuka sehingga 31 Mac 2024.

“Rakyat Malaysia dinasihatkan supaya tidak melaksanakan pengemaskinian PADU pada saat-saat akhir kerana ia akan mengakibatkan kesesakan pada sistem,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Berdasarkan bancian penduduk 2023, Malaysia dianggarkan mempunyai penduduk berjumlah lebih 33 juta orang meliputi 7.7 juta orang berusia 14 tahun dan ke bawah, 15 hingga 64 tahun (23.1 juta) dan 2.4 juta individu berusia 65 tahun dan ke atas.

Sementara itu, Mohd. Uzir berkata, sebanyak 60 Perpustakaan Desa (PD) di seluruh negara turut dijadikan sebagai pusat pendaftaran Padu bagi memberi kemudahan kepada penduduk di luar bandar.

“Ia hasil kerjasama strategik Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) bersama Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) bagi menambah kaunter fizikal Padu selain di lebih 900 Pusat Ekonomi Digital (PEDi), Pusat Transformasi Bandar (UTC) dan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC),” jelasnya.

Mohd. Uzir berkata, orang ramai boleh menghubungi talian hotline 1-800-88-7720/21 yang beroperasi bermula pukul 8 pagi hingga 9 malam setiap hari sekiranya mempunyai masalah membuat kemas kini secara kendiri.

Katanya, sebarang maklum balas, aduan, penghargaan, pertanyaan dan cadangan penambahbaikan berkenaan sistem dan mekanisme pelaksanaan boleh disalurkan kepada Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) Padu. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI