fbpx

[VIDEO] Hutan di Kuala Kubu Bharu terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kebakaran yang berlaku di kawasan hutan di Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor, hari ini.

HULU SELANGOR- Hutan seluas kira-kira 0.4 hektar dilaporkan terbakar di Kuala Kubu Bharu, di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian itu pada pukul 6.10 petang tadi.

Kata beliau, beberapa jentera dan sepasukan anggota keluaran Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu digerakkan ke lokasi kejadian.

“Kebakaran melibatkan hutan berkeluasan anggaran satu ekar. Kerja-kerja pemadaman sedang dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati punca kejadian disebabkan pembakaran tayar terpakai.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI