fbpx

TH Khairat beri perlindungan berganda sehingga RM24,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Lembaga Tabung Haji (TH) menawarkan peluang kepada pendeposit TH untuk mendapatkan perlindungan TH Khairat berganda dengan manfaat kewangan sehingga RM24,000 menerusi dua sijil perlindungan TH Khairat.

Pengarah Eksekutif Operasi TH, Mohamed Ameen Abdul Wahab berkata, sehubungan itu, mereka kini boleh mendaftar dan melanggan TH Khairat dengan memilih kedua-dua pengendali Takaful yang dilantik iaitu Syarikat Takaful Malaysia Berhad (STMB) dan Hong Leong MSIG Takaful Berhad (HLM Takaful).

“Dengan mengekalkan langganan tahunan serendah RM28 bagi setiap perlindungan, manfaat kewangan yang ditawarkan adalah sebanyak RM12,000 daripada setiap pengendali Takaful kepada penerima manfaat yang dinamakan.

“Sekiranya pendeposit memilih untuk mendaftar TH Khairat dengan kedua-dua pengendali Takaful, pendeposit hanya perlu menyumbang RM56 setahun dan penerima manfaat layak membuat tuntutan dengan jumlah keseluruhan RM24,000 iaitu RM12,000 daripada STMB dan RM12,000 daripada HLM Takaful,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, sejak dilancarkan 31 Julai lalu, TH Khairat mendapat sambutan menggalakkan daripada pendeposit TH dengan lebih 73,000 pendaftaran
direkodkan hanya dalam masa enam bulan.

“TH menyambut baik maklum balas pelanggan yang berhasrat untuk mendaftar TH Khairat dengan kedua-dua pengendali Takaful,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI