fbpx

Nor Zaidah wanita OKU pengusaha tanjak berjaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NOR ZAIDAH mencipta kejayaan menerusi perniagaan tanjak yang diusaha sejak sedekad lalu.

TERLIBAT dalam bidang perniagaan bukanlah perkara yang mudah kerana usahawan perlu menempuh pelbagai cabaran untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Apatah lagi usahawan yang memegang status orang kelainan upaya (OKU) yang pastinya memberi cabaran tambahan dan berganda kepada mereka.

Sebelum berjaya, pastinya tiada jalan pintas kerana mereka perlu menempuh 1,001 cabaran sama seperti yang dihadapi usahawan lain.

Bagi usahawan OKU, kekurangan yang dimiliki bukanlah penghalang apatah lagi alasan buat mereka untuk mencapai kejayaan.

Malah, halangan dan kekurangan itu menjadi pembakar semangat untuk mengembangkan perniagaan ke peringkat lebih tinggi, sekali gus dapat membantu menjana ekonomi negara.

Nor Zaidah Ab. Rahman, 48, antara bukti usahawan OKU yang berjaya dalam perniagaan tanjak yang diusahakannya sejak sedekad lalu.

Lebih manis, ibu kepada lima anak itu dinobatkan sebagai johan Ikon Usahawan Say Lead Pro 2023 anjuran Selangor Youth Community (SAY) yang disokong oleh Yayasan Hasanah.

Pada majlis itu, Nor Zaidah menerima trofi, sijil dan geran perniagaan RM2,000 yang disampaikan oleh Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah.

NOR ZAIDAH (dua dari kanan) menerima trofi, sijil dan geran perniagaan berjumlah RM2,000 daripada Tengku Amir Shah (tiga dari kanan) selepas dinobat sebagai johan Ikon Usahawan Say Lead Pro 2023.

Ber­kongsi kepada Aura, Nor Zaidah sebe­lumnya disahkan doktor tidak boleh berjalan akibat kemalangan dan trauma.

Tidak sekadar itu, kedai terbakar merupakan satu lagi episod hitam yang terpaksa dilalui oleh Nor Zaidah sebelum berjaya pada hari ini.

Dek kesabaran dan tidak pernah kenal erti putus asa, Nor Zaidah bangkit semula dalam perniagaan yang diusahakannya itu.

“Saya tidak boleh berjalan akibat kecederaan serius di kedua-dua kaki selepas kereta yang dipandu terlibat dalam kemalangan dengan sebuah treler pada April 2010.

“Saya perlu jalani 13 pembedahan dan fisioterapi sehinggalah boleh berdiri serta berjalan,” katanya.

Belum sempat menarik nafas lega, masalah lain pula timbul apabila kedai jahitannya hangus terbakar beberapa tahun selepas dia terbabit kemalangan.

“Walaupun jatuh dan terduduk, namun saya bangkit semula pada tahun 2015 dengan membuka semula kedai jahitan dan kedai makan untuk meneruskan kelangsungan hidup.

“Saya bersyukur, Tuhan memudahkan dan melancarkan urusan perniagaan yang saya bina semula ini.

“Kekuatan yang Dia berikan sungguh luar biasa,” katanya.

Menurutnya, kejayaan yang diraihnya ketika ini perlu diberikan kembali kepada masyarakat.

“Melalui perniagaan tanjak ini, saya dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada mereka yang berminat untuk terbabit.

“Alhamdulillah, saya juga ada dua orang pekerja OKU pendengaran dan pembelajaran yang diambil bekerja, sekali gus mempunyai pendapatan sendiri.

“Selain itu, saya menjadi tenaga pengajar separuh masa di tiga institusi pendidikan untuk melahirkan lebih ramai golongan muda yang terlibat dalam bidang tradisional ini (tanjak),” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI