fbpx

Buruh didakwa noda anak kandung, libas isteri guna parang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERTUDUH diiringi anggota polis selepas didakwa di Mahkamah Sesyen Melaka, hari ini. Foto oleh SYAFEEQ AHMAD

MELAKA – Seorang buruh didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan merogol dan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak kandungnya.

Tertuduh yang berusia 38 tahun itu juga didakwa melakukan ugutan jenayah dan melibas parang terhadap isterinya pada tahun lalu.

Lelaki itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap kesemua enam pertuduhan itu yang dibacakan di hadapan Hakim Azaraorni Abd. Rahman.

Mengikut dua pertuduhan pertama, lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 37693) Kanun Keseksaan kerana merogol anak perempuannya yang berusia 15 tahun.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 30 tahun dan juga sehingga 10 sebatan bagi setiap pertuduhan.

Tertuduh juga didakwa di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak (AKSTK) 2017 kerana melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa sama.

Lelaki itu juga didakwa melibas isterinya berusia 36 tahun dengan sebilah parang sehingga cedera di lengan kiri.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebatan atau mana-mana dua hukuman itu di bawah Seksyen 324 kanun sama.

Tertuduh juga didakwa mengugut kedua-dua mangsa dan seorang anak lelaki berusia 18 tahun selain memaksa mereka mengikat pemuda itu bagi menakutkan remaja berkenaan.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara tujuh tahun dan dengan denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Kesemua kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Durian Tunggal di sini pada Jun hingga Oktober lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Rashidah Baharom tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh kerana mangsa adalah isteri dan dua anak kandungnya.

Tertuduh bagaimanapun tidak mengemukakan sebarang rayuan bagi pertuduhan berkenaan. Mahkamah kemudian menetapkan tarikh 18 Mac ini untuk sebutan semula kes dan lantikan peguam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI