fbpx

[VIDEO] Dah tiga hari baru hendak turun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memujuk lelaki terbabit oleh pasukan penyelamat turut tular di media sosial sejak Isnin lalu. 

SANDAKAN – Seorang lelaki kurang siuman akhirnya berjaya dipujuk dan dibawa turun dalam keadaan selamat, hari ini selepas tiga hari berada di bumbung bangunan di Flat Sejati.

Lelaki berusia 39 tahun berkenaan berjaya ditangkap dan dibawa turun dari atas bangunan dengan bantuan beberapa agensi keselamatan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan Severinus Sainkui berkata, sebaik dibawa turun, mangsa diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Mangsa seterusnya dihantar ke hospital menggunakan ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut. Operasi keseluruhan ditamatkan pukul 2.08 petang selepas memastikan tiada lagi bahaya yang wujud di lokasi,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, usaha untuk memujuk lelaki dilakukan bersama pihak bomba, polis dan ahli keluarganya.

“Pasukan bomba turut berada di lokasi sepanjang tempoh terbabit bagi bersedia dengan sebarang kecemasan dan memastikan tiada bahaya berlaku sekiranya lelaki berkenaan bertindak di luar kawalan,” katanya.

Terdahulu, video memujuk lelaki terbabit oleh pasukan penyelamat turut tular di media sosial sejak Isnin lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI