fbpx

Matrix anjur Kempen The Roaring Dragon meriahkan lagi sambutan Tahun Baharu Cina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hiasan menarik ditampilkan di d’Tempat Country Club, Bandar Sri Sendayan, Seremban sempena acara The Roaring Dragon anjuran Matrix Concepts bagi sambutan Tahun Baharu Cina.

SEREMBAN – Matrix Concepts Holdings Bhd. (Matrix Concepts) akan menganjurkan kempen sempena sambutan Tahun Baharu Cina bertemakan The Roaring Dragon bermula hujung minggu ini sehingga minggu hadapan.

Ketua Bahagian Pemasaran Matrix Concepts, Lim Kok Yee berkata, sempena acara tersebut, pelbagai persembahan warisan dan kebudayaan masyarakat Cina akan dipertontonkan kepada pengunjung pada Sabtu dan Ahad bertempat di d’Tempat Country Club, Bandar Sri Sendayan di sini.

“Berdasarkan kejayaan acara pada musim perayaan sebelum ini, kami sangat teruja untuk tampil dengan tema The Roaring Dragon untuk sambutan Tahun Baharu Cina tahun ini.

“Ia adalah peluang untuk kami memberi penghormatan kepada warisan budaya masyarakat Cina yang kaya dan mencipta suasana meriah yang menghimpunkan orang ramai dalam perayaan ini,” katanya dalam kenyataan yang dike­luarkan di sini semalam.

Menurut Kok Yee, pihak Matrix Concepts akan terus komited memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat di negara ini.

“Sambutan The Roaring Dragon akan menjadi platform untuk penduduk berkumpul, menjalin persahabatan baharu dan mencipta kenangan terindah bersama orang tersayang

“Antara persembahan akan diadakan termasuklah tarian singa akrobatik, demonstrasi seni mempertahankan diri dan persembahan gendang serta persembahan muzik secara langsung.

“Pengunjung juga berpe­luang menyertai aktiviti lain seperti bengkel kaligrafi dan hiasan gantung serta menikmati hidangan kulinari yang disediakan,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI