fbpx

Delegasi Israel dihalang memasuki ibu pejabat Kesatuan Afrika

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail menunjukkan ibu pejabat AU di Addis Ababa. - Foto AFP

ADDIS ABABA – Kesatuan Afrika (AU) menghalang satu delegasi Israel daripada memasuki ibu pejabatnya di Addis Ababa, Ethiopia semalam, lapor saluran berita Al-Jazeera dengan memetik seorang sumber diplomatik Afrika.

Menurutnya, AU menolak hasrat Ketua Pengarah Kementerian Luar Israel untuk mengambil bahagian dalam satu mesyuarat.

Ini bukan kali pertama delegasi Israel dihalang daripada menyertai Sidang Kemuncak AU.

Ia sebelum ini diterima semula sebagai pemerhati blok pan-Afrika itu pada 2021. 

Namun pada Januari 2022, diplomat Algeria memperkenalkan usul untuk membatalkan status pemerhati Israel dalam AU.

Pada Februari 2023, delegasi Israel telah disingkirkan daripada menghadiri upacara pembukaan majlis AU selepas mendapat tekanan daripada Algeria dan Afrika Selatan. – AGENSI  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI