fbpx

Anugerah Harta Intelek Negara 2024 iktiraf pereka cipta, inovator

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Zuhan (dua kiri) selepas mengumumkan Majlis Anugerah Harta Intelek Negara yang akan diadakan pada 26 April 2024 depan. - Foto FAUZI BAHARUDIN/KOSMO!

PETALING JAYA – Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) bakal mengadakan Majlis Anugerah Harta Intelek Negara pada 26 April 2024 depan.

Bertemakan ‘Harta Intelek Nadi Malaysia Madani,’ HHIN2024, ia diadakan bersempena sambutan Hari Harta Intelek Negara 2024 (HHIN2024) dengan tawaran hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM 219,600.

Pengerusi MyIPO, Ts. Dr. Mohd Zuhan Mohd Zain berkata, HHIN2024, terdapat lima kategori anugerah yang dipertandingkan termasuk Anugerah Teknologi Hijau, Anugerah Karya Lestari, Anugerah Milenial, dan Anugerah Permata.

Menurut beliau, Anugerah Pembangunan Lestari Harta Intelek yang juga anugerah platinum, merupakan anugerah tertinggi ditawarkan.

“Anugerah Pembangunan Lestari Harta Intelek yang juga anugerah platinum, merupakan anugerah tertinggi di mana setiap pemenang akan menerima piala dan juga wang tunai.

“Ia akan diberi kepada organisasi yang menunjukkan pengurusan harta intelek yang baik dan bertanggungjawab serta mempunyai strategi untuk menjaga dan mengguna semula sumber-sumber harta intelek mereka dalam jangka masa panjang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Meet & Greet bersama Media sempena AHIN2024, di sini hari ini.

Jelas beliau, HHIN2024 sekali gus mengiktiraf sumbangan pereka cipta, pencipta, dan inovator dalam pembangunan harta intelek serta memacu pertumbuhan ekonomi negara.

“Ia merupakan platform penting dalam memupuk kesedaran terhadap kepentingan perlindungan harta intelek yang dilihat sebagai satu bentuk kekayaan baharu dalam menjana ekonomi negara,” ujarnya.

Anugerah ini dibuka kepada semua individu dan organisasi yang berkelayakan, manakala penyertaan untuk anugerah-anugerah ini telah dilanjutkan sehingga 29 Februari 2024.

Mereka yang berminat boleh melayari laman web rasmi kami atau platform media sosial MyIPO untuk mengetahui lebih lanjut mengenai anugerah berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI