fbpx

Prabowo isytihar menang pusingan pertama Pilpres 2024

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PRABOWO (kiri) dan Gibran diraikan para penyokongnya di Jakarta hari ini. - Foto AFP

JAKARTA – Bekas jeneral tentera, Prabowo Subianto mendakwa telah memperoleh kemenangan dalam pilihan raya Presiden (Pilpres 2024) hari ini ketika keputusan kiraan pantas menunjukkan beliau jauh mendahului dua saingannya, bagi mengetuai kuasa ekonomi terbesar di Asia Tenggara itu.

“Semua tinjauan undi menunjukkan Prabowo-Gibran menang dalam pusingan pertama (Pilpres),” katanya yang merujuk kepada kepada calon Naib Presiden yang menjadi regunya, Gibran Rakabuming Raka.

“Kemenangan ini seharusnya menjadi kemenangan bagi seluruh rakyat Indonesia,” ujarnya kepada orang ramai yang bersorak di sebuah arena yang penuh sesak di Jakarta Tengah.

Gibran ialah Datuk Bandar Surakarta dan anak Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi). 

Jokowi akan menamatkan perkhidmatan pada Oktober depan selepas memerintah selama dua penggal berturut-turut.

Keputusan rasmi Pilpres 2024 akan diumumkan pada bulan depan, namun sekurang-kurangnya empat badan yang diluluskan untuk membuat kiraan pantas menunjukkan Prabowo memenangi majoriti mudah dalam pusingan pertama pilihan raya tersebut.

Meskipun yakin memperoleh kemenangan, Prabowo tetap menegaskan bahawa semua pihak perlu menunggu keputusan rasmi suruhanjaya pilihan raya Indonesia.

Prabowo, yang merupakan Menteri Pertahanan memerlukan lebih 50 peratus undi atau sekurang-kurangnya satu perlima daripada undian di lebih separuh daripada 38 wilayah di Indonesia untuk memperoleh kemenangan dalam Pilpres 2024.

Prosedur kiraan pantas undian menunjukkan Prabowo mampu mengelak untuk pergi ke pusingan kedua Pilpres yang mungkin diadakan bagi menentang Anies Baswedan atau seorang lagi calon Presiden, Ganjar Pranowo. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI