fbpx

Prestasi kerja pembinaan mengukuh sebanyak RM132.2 bilion tahun 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Projek daripada sektor swasta menyumbang kepada pertambahan nilai kerja tahun 2023. – Gambar hiasan

PETALING JAYA – Prestasi kerja pembinaan mencapai nilai sebanyak RM132.2 bilion pada tahun 2023, meneruskan momentum positif pertumbuhan pada 8.4 peratus selepas kembali pulih pada 2022.

Semua subsektor mengalami peningkatan dengan aktiviti kejuruteraan awam mencatatkan peningkatan ketara sebanyak 15.7 peratus, diikuti oleh aktiviti pertukangan khas (8.5 peratus), bangunan kediaman (3.7 peratus) dan bangunan bukan kediaman (3.1 peratus).

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd. Uzir Mahidin berkata, bagi suku keempat tahun 2023, sektor pembinaan mencatatkan peningkatan sebanyak 6.8 peratus dengan mencapai nilai kerja berjumlah RM34.1 bilion.

Sebanyak 41.9 peratus daripadanya, atau bersamaan dengan RM14.3 bilion adalah dalam kejuruteraan awam, terutamanya bagi aktiviti pembinaan jalan raya dan landasan kereta api (RM7.5 bilion) serta pembinaan projek utiliti (RM5.2 bilion).

“Sektor swasta terus menjadi penyumbang utama dengan nilai kerja sebanyak RM20.3 bilion, atau merangkumi 59.5 peratus daripada nilai keseluruhan pada suku ini.

“Bagaimanapun, pertumbuhannya menyederhana kepada 1.4 peratus berbanding 8.6 peratus suku sebelumnya.

“Sebaliknya, sektor awam, dengan sumbangan seba­nyak 40.5 peratus atau ber­samaan dengan RM13.8 bilion, mengekalkan pertumbuhan dua digit yang kukuh sebanyak 15.9 peratus,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Mohd. Uzir menambah, hampir 60.3 peratus daripada nilai kerja pada suku keempat 2023 tertumpu di Selangor, Wilayah Persekutuan, Sarawak dan Johor.

“Nilai kerja pembinaan di Se­langor berjumlah RM8.6 bilion atau 25.1 peratus, diikuti Wilayah Persekutuan dengan sejumlah RM4 bilion,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI