fbpx

Pesawat terhempas: Meletup dua kali masa azan zuhur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan bomba dan polis menjalankan siasatan di lokasi kejadian pesawat terhempas di Kampung Tok Muda, Kapar. Foto AFIQ RAZALI.

KLANG – Pesawat ringan yang terhempas di Kampung Tok Muda, Kapar, di sini dikatakan meletup sebanyak dua kali di bahagian ekor semasa berada di udara.

Seorang saksi, Mustakim Said,56, berkata, kejadian letupan itu berlaku semasa azan zuhur sedang berkemundang dengan rata-rata penduduk terkejut dengan insiden tersebut.

“Saya cuma nampak tadi meletup dua kali masa azan Zuhur. Rasanya pesawat peribadi.

“Memang nampak ekor pesawat itu didapati meletup sebanyak dua banyak kali,” katanya ketika ditemui Kosmo!, di lokasi kejadian.

Lelaki itu menambah, serpihan pesawat itu kemudiannya bertaburan dengan salah satunya menjunam di kawasan kebun kelapa sawit.

“Selang 10 minit jatuh di sini dengan jaraknya kira-kira 50 meter dari jalan utama kampung ini,” ujarnya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu pada pukul 1.56 petang tadi.

Jelas Ahmad Mukhlis, dua jentera serta empat anggota keluaran Balai Bomba Penyelamat (BBP) Kapar digerakkan ke lokasi kejadian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI