fbpx

[VIDEO] Pesawat terhempas: Dua mayat dibawa keluar dari lokasi kejadian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua mayat mangsa dibawa keluar menggunakan dua trak polis dari lokasi kejadian di Kampung Tok Muda, Kapar. Foto oleh AFIQ RAZALI

KLANG – Mayat dua mangsa nahas pesawat ringan model BK160 Gabriel yang terhempas di Kampung Tok Muda, Kapar di sini dibawa keluar daripada lokasi kejadian sebentar tadi.

Mayat juruterbang, Daniel Yee Hsiang Khoon, 30, dan pembantunya Roshaan Singh Raina,42, dibawa keluar secara berasingan menggunakan dua trak polis kira-kira pukul 8.10 malam

Difahamkan, kedua-dua mangsa berjaya dikeluarkan daripada kerangka badan pesawat itu kira-kira pukul 7 petang.

Mayat berkenaan seterusnya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk proses bedah siasat.

Terdahulu, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan pesawat ringan yang terhempas tersebut melibatkan dua mangsa.

Pesawat dikendalikan Air Adventure Flying Club itu berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang pukul 1.28 bagi penerbangan rekreasi.

Hubungan terakhir pesawat dengan pegawai kawalan trafik udara dilaporkan pada pukul 1.35 tengah hari. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI