fbpx

Bekas Ahli Parlimen Kapar didenda RM100 hantar mesej kurang sopan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Manikavasagam ketika ditemui selepas prosiding di Mahkamah Majistret Shah Alam, hari ini. Foto SADDAM YUSOFF

SHAH ALAM – Bekas Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam didenda maksimum RM100 oleh Mahkamah Majistret, hari ini selepas mengaku bersalah menghantar mesej kurang sopan terhadap bekas Setiausaha Parti Rakyat Malaysia (PRM), awal bulan lalu.

Majistret Sasha Diana Sabtu menjatuhi terhadap tertuduh, S. Manikavasagam, 59, yang membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan kepadanya. Tertuduh membayar denda tersebut.

Berdasarkan pertuduhan, Manikavasagam yang menjadi ahli Parlimen Kapar selama sepenggal pada 2008 hingga 2013 itu, didakwa berkelakuan tidak sopan terhadap Koh Swee Yong, 73, dengan menghantar mesej kurang sopan melalui sebuah aplikasi pesanan digital untuk membangkitkan kemarahan pengadu.

Perbuatan itu dilakukan tertuduh yang juga Bekas Ketua PKR Cabang Kuala Selangor tersebut di sebuah rumah di SS 15, Subang Jaya, dekat sini pada pukul 3.27 petang, 4 Januari lalu.

Justeru, dia melakukan kesalahan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil Kecil 1955 yang memperuntukkan denda sehingga RM100.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Annur Athirah Amran, manakala Manikavasagam tidak diwakili peguam.

Dalam pada itu, Manikavasagam yang merupakan Naib Presiden PRM yang ditemui selepas prosiding tersebut memaklumkan, tindakan dibuatnya adalah disebabkan berlakunya pencanggahan berhubung masalah dalaman yang melibatkan partinya.

“Untuk makluman, Swee Yong merupakan bekas setiausaha PRM dan saya telah buat laporan polis ke atasnya pada 7 Februari kerana beliau turut menganggu saya. Justeru, saya berharap polis siasat juga mengenai laporan saya itu,” tegasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI