fbpx

‘Spy cam’ di inap desa dihubung telefon bimbit lelaki tempatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar penemuan kamera tersembunyi di dalam tandas sebuah inap desa di Jelutong, baru-baru ini.

GEORGE TOWN – Polis sedang mengesan seorang lelaki tempatan bagi membantu siasatan kes seorang wanita yang mendakwa menjadi mangsa intipan selepas terjumpa sebuah kamera tersembunyi atau spy cam di dalam bilik air sebuah inap desa di Jelutong, di sini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata, pemeriksaan pihak polis mendapati ‘link’ yang terdapat pada kamera itu dihubungkan dengan telefon bimbit milik lelaki tersebut.

“Kami percaya lelaki tempatan ini mempunyai kaitan dengan kes tersebut.’Setakat ini polis telah merekodkan keterangan empat individu termasuk pengadu dan pengurus rumah inap desa tersebut bagi membantu siasatan kes tersebut,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sebelum ini, tular di aplikasi X mengenai dakwaan seorang wanita yang mendakwa dirinya menjadi mangsa intipan dengan menggunakan kamera tersembunyi semasa bercuti bersama rakannya di negeri ini.

Wanita berusia 24 tahun itu mendakwa percutiannya menjadi mimpi ngeri selepas menemui satu kamera tersembunyi yang dimasukkan ke dalam bekas pewangi di dalam tandas inap desa berkenaan.

Susulan daripada kes itu, polis semalam mengesahkan telah menerima laporan kejadian dan sedang menyiasat kes itu dari pelbagai sudut.

Menurut Razlam, kes itu disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengaibkan kehormatan seseorang. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI