fbpx

Empat sekawan memancing bertukar tragedi, seorang maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat mangsa ditemui oleh pasukan bomba tidak jauh dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

KUDAT – Kegembiraan lima remaja lelaki memancing bertukar tragedi apabila salah seorang daripada mereka ditemui lemas dalam kejadian di Sungai Empangan Milau, Jalan Garau semalam.

Mangsa dikenali sebagai Ryan, 16, bersama empat rakannya dipercayai datang ke tempat berkenaan untuk tujuan memancing.

Mangsa serta rakan-rakannya selepas itu dipercayai berenang ke kawasan tanah di tengah sungai dengan jarak kira-kira 50 meter dari tebing sungai.

Bagaimanapun, sewaktu berenang ke lokasi berkenaan, mangsa dikatakan tenggelam dan lemas akibat kepenatan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kudat, Penolong Penguasa Bomba, Ishak Jabas berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 3.01 petang.

“Seramai 11 anggota termasuk pegawai bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) digerakkan ke tempat kejadian. Setibanya pasukan bomba di tempat kejadian, empat mangsa lelaki yang terkandas berjaya diselamatkan oleh penduduk kampung.

“Pasukan bomba seterusnya membuat operasi mencari dan menyelamat (SAR) di sepanjang tepi sungai untuk mencari mangsa yang dilaporkan lemas,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, mangsa ditemui oleh pasukan bomba tidak jauh dari lokasi mangsa dilaporkan hilang kira-kira pukul 5.40 petang.

Ishak berkata, tindakan pengecaman mangsa dilakukan oleh ahli keluarganya sebelum mayat diserahkan kepada pihak polis. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI