fbpx

Aktres jelita tiada kerja hidup bergantung wang persaraan ibu bapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZHENG SHUANG - Foto M

BEIJING  – Seorang aktres China, Zheng Shuang kini bergantung kepada wang persaraan  ibu bapanya untuk meneruskan kehidupan, lapor portal berita VNExpress kelmarin.

Menurut portal berita QQ, Shuang, 32, bercakap tentang tuduhan bahawa dia mempunyai banyak wang tetapi mengelak daripada membayar hutang.

Aktres itu menafikan memiliki aset bernilai lebih AS$31 juta (RM147.86 juta) di China.

Shuang menjelaskan bahawa jika dirinya mempunyai jumlah wang yang begitu banyak,  dia tidak perlu bekerja keras untuk meneruskan kes hak penjagaan anak.

Dia kini berada di Amerika Syarikat (AS) bagi memenuhi semua syarat mahkamah dengan harapan untuk menuntut hak penjagaan ke atas dua anaknya.

Shuang berkata, dia tidak mempunyai pekerjaan dan hidup dengan wang persaraan ibu bapanya. 

Dia berharap mendapat peluang untuk bekerja dan membayar hutangnya mengikut keputusan mahkamah. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI