fbpx

Shiha Zikir batal hasrat terbangkan 200 dron di pentas AJL38

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penyanyi Shiha Zikir kecewa apabila hasrat ingin menggunakan 200 dron dalam persembahan di pentas Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) tidak kesampaian.

KUALA LUMPUR – Penyanyi Shiha Zikir kecewa apabila hasrat ingin menggunakan 200 dron dalam persembahan di pentas Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) tidak kesampaian.

Katanya, lokasi acara kemuncak kurang sesuai menjadi punca impian tersebut tidak dapat dilaksanakan selain perihal membabitkan keselamatan penonton.

“Bagi persembahan malam kemuncak nanti saya dan pasukan memang sudah nampak idea mahu tonjolkan aksi unik dengan menyertakan 200 dron yang diimport dari Australia.

“Konsep yang belum dibuat dalam mana-mana pertandingan ini saya harap menjadi sebutan sehingga ke luar negara kerana sebelum ini persembahan saya dapat perhatian peminat Indonesia.

“Cuma perancangan itu terbantut atas beberapa faktor walaupun saya sudah menempah peralatan tersebut,” katanya ketika ditemui pada acara Meet and Greet Paling Ikonik AJL38 di Pasar Seni, baru-baru ini.

Kata pemenang Persembahan Terbaik di AJL37 itu, dia akur dengan setiap keputusan produksi disebabkan enggan merisikokan keselamatan orang lain.

Baginya, dia dan pasukan sudah memerah idea untuk meninggalkan kenangan manis pada malam 3 Mac ini namun perlu merombak semua idea terbabit.

“Paling penting adalah keselamatan orang ramai memandangkan penggunaan dron sebanyak itu memerlukan pelarasan yang betul, takut terjatuh atas penonton di Axiata Arena.

“Ikutkan pasukan produksi termasuk penerbit AJL38 turut menyukai idea tersebut, cuma semua itu perlukan perancangan lebih teliti.

“Tidak mengapalah, kami dalam proses mencanai idea lain. Anggap saja ini ujian kecil, sekali gus semakin menguatkan semangat pasukan saya,” ujarnya.

Pada malam kemuncak AJL38 yang bakal berlangsung di Axiata Arena, Shiha mempertaruhkan lagu Kalam yang juga sentuhannya bersama komposer karya nukilan sendiri bersama komposer Iqie Hugh, Firdaus Rahmat dan John Jeeves. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI