fbpx

Pembangunan telekomunikasi Malaysia ke-15 terbaik dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi

PETALING JAYA – Malaysia berada di kedudukan ke-15 dunia dan ketiga di rantau ASEAN dalam Indeks Pembangunan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) 2023 (IDI 2023) berdasarkan penerbitan terkini daripada Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa.

Berdasarkan laporan itu, Malaysia telah meraih skor sebanyak 94.5 daripada jumlah keseluruhan 100 mata, melepasi skor purata global iaitu 72.8 mata.

Menteri Komukasi Fahmi Fadzil berkata, pencapaian itu mencerminkan komitmen berterusan kerajaan untuk merealisasikan kesalinghubungan sejagat dan bermakna buat semua rakyat Malaysia.

Katanya, dengan keterangkuman sebagai pemacu utama dalam memastikan perkhidmatan komunikasi adalah merata.

“Dengan sokongan padu dan kerjasama pelbagai pihak, pelaksanaan infrastruktur digital telah dipercepat dengan penerimagunaan Garis Panduan Perancangan Infrastruktur Komunikasi (GPP-I) oleh kerajaan-kerajaan negeri,serta penubuhan Jawatankuasa Penyeragaman Kos Caj dan Fi Pembangunan Infrastruktur Komunikasi yang diluluskan oleh Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri (MBKM).

“Sokongan daripada semua pihak berkepentingan telah membolehkan MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) memajukan perancangan dan pelaksanaan liputan 5G dan satelit bagi menangani cabaran kesalinghubungan di kawasan pedalaman dan terpencil,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata, setakat 31 Disember 2023, pelaksanaan 5G di Malaysia telah mencapai 80.2 peratus liputan di kawasan berpenduduk.

Ujarnya, Kerajaan melalui MCMC akan terus mengadakan libat urus dengan semua pihak berkepentingan dan rakyat bagi memastikan Malaysia mencapai kesalinghubungan yang bermakna dan sejagat untuk semua.

Terdahulu, Indeks IDI 2023 merangkumi 10 indikator antaranya, Malaysia telah hampir mencapai liputan sejagat bagi rangkaian mudah alih 4G/LTE, langganan jalur lebar mudah alih yang tinggi serta harga yang lebih rendah untuk perkhidmatan jalur lebar tetap dan mudah alih.

Malaysia turut merekodkan kadar penggunaan Internet, pemilikan telefon bimbit dan trafik internet yang tinggi.

Kesemua pencapaian berkenaan jelas menunjukkan akses yang mapan kepada perkhidmatan digital serta penglibatan digital secara meluas di Malaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI