fbpx

Peguam Najib akan mohon pengampunan penuh daripada Agong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Shafee dalam sidang akhbar di lobi Mahkamah Kuala Lumpur hari ini.

KUALA LUMPUR – Pasukan pembelaan Datuk Seri Najib Tun Razak berhasrat memfailkan permohonan baharu bagi mendapatkan pengampunan penuh daripada Yang di-Pertuan Agong berhubung kes penyelewengan dana SRC International Sdn. Bhd.

Peguam utama Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, berkata bagaimanapun pihaknya masih menunggu arahan daripada anak guam untuk berbuat demikian.

“Tiada deadline (tempoh tamat), tunggu masa sesuai kita akan kemuka pengampunan penuh nanti,” katanya ketika ditemui di lobi Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini hari ini.

Sementara itu ditanya kemungkinan Najib keluar lebih awal dari penjara, peguam itu mengatakan tidak mustahil perkara itu berlaku.

Terdahulu, media melaporkan, Najib bakal dibebaskan pada 23 Ogos 2028.

Perkara itu dimaklumkan menerusi kenyataan dikeluarkan Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-16.

Kata kenyataan itu, sebanyak lima kertas pengampunan termasuk permohonan Najib how telah dipertimbangkan oleh Lembaga Pengampunan tersebut yang dipengerusikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda AI-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Pada 28 Julai 2020, Hakim Mahkamah Tinggi ketika itu, Datuk Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali, mendapati Najib bersalah atas tujuh pertuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Sehubungan itu, Mohd. Nazlan menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta ke atas Najib, dan keputusan berkenaan dikekalkan Mahkamah Rayuan pada 8 Disember 2021 serta panel lima Hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat pada 23 Ogos 2022. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI