fbpx

Lelaki berdepan denda RM1 juta, didakwa miliki 30,000 liter diesel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HOE KEE (baju merah) didakwa memiliki lebih 30,000 liter diesel tanpa lesen sah. Foto oleh SYAFEEQ AHMAD/ KOSMO!

MELAKA – Seorang bekas penjaga stor berdepan denda RM1 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali selepas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memiliki barang kawalan berjadual tanpa lesen yang sah iaitu minyak diesel sebanyak 30,460 liter, dua tahun lalu.

Orang Kena Saman (OKS), Chee Hoe Kee, 54, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Dharmafikri Abu Adam.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh bersama dua lelaki warga Bangladesh, Md. Masud Rana dan Jamal Uddin didapati dengan niat secara bersama memiliki barang kawalan tersebut,

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pedakwa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Norhysham Md. Noor dan Muhammad Ashraf Ashruddin Ahmad Nazri menawarkan jaminan sebanyak RM10,000 terhadap tertuduh.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu jumlah jaminan dikurangkan dengan alasan tidak berkemampuan kerana tidak bekerja.

Mahkamah membenarkan tertuduh dijamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan tarikh 13 Mac untuk sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI