fbpx

GTR Burger, Selangor jalin kerjasama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Majlis menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) penajaan di antara FAS dan GTR Burger berlangsung di Klang sempena Pelancaran Musim Ke-3 FAS Women’s Super League (WSL) 2024 pada 28 Januari lepas.

PETALING JAYA – Syarikat burger terkenal, GTR Burger menjalinkan kerjasama dengan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) bermula musim 2024 hingga 2026 bagi tujuan pembangunan di peringkat akar umbi.

Pengasas GTR Burger, Nordin Mat berkata, ketika mula bertapak di dalam industri, mereka hanya meletakkan sasaran awal untuk fokus menghasilkan burger yang sempurna.

“Bagi menghasilkan burger yang sempurna perlunya ada latihan dan praktikal pada kadar maksimum. Ianya seiring dengan identiti FAS yang amat menekankan aspek pembangunan dalam melahirkan pemain yang sempurna.

“Sebab itu GTR Burger memaktubkan perjanjian penajaan ini dengan FAS kerana kita ada perancangan yang lebih besar yang bakal kita laksanakan untuk lebih mendekati industri sukan bola sepak di negara ini”, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Majlis menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) penajaan di antara FAS dan GTR Burger berlangsung di Klang sempena Pelancaran Musim Ke-3 FAS Women’s Super League (WSL) 2024 pada 28 Januari lepas.

FAS diwakili oleh Setiausaha Agungnya, Muhammad Izrin Nabil Ismail, manakala GTR Burger oleh Nordin Mat selaku Pengerusi Koperasi Kelab Generasi Transformasi Ruminan Malaysia Berhad (GTR).

Majlis disaksikan oleh EXCO Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor, Mohd Najwan Halimi, Timbalan Presiden FAS, Dato’ Sri Dr. Shahril Mokhtar, Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) , Rusli Jaafar dan Pengasas Bersama GTR Burger, Najib Jalil.

Menerusi penajaan itu, GTR Burger akan terlibat di dalam kira-kira 1,500 perlawanan setiap tahun dengan lebih 300,000 peminat bola sepak yang akan hadir di semua program anjuran FAS.

Ia turut merangkumi potensi publisiti membabitkan lebih 11 juta penonton menerusi platform atas talian dan siaran televisyen bagi program pembangunan FAS.

Mengulas lanjut, Nordin turut mengajak semua peminat pasukan Selangor untuk berkunjung ke gerai GTR Burger di seluruh negeri itu untuk merasai keunikan rasa menu GTR Burger. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI