fbpx

‘Saya bersara bukan kecewa dengan KPM’ – Cikgu Fadli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar hantaran Cikgu Fadli di laman Facebooknya, hari ini.

PETALING JAYA – Guru matematik, Mohd Fadli Salleh yang juga dikenali sebagai Cikgu Fadli dilaporkan mengambil keputusan untuk bersara awal, hari ini.

Menurut hantaran beliau di laman Facebook, Cikgu Fadli menafikan persaraan beliau adalah kerana kecewa dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

“Saya terlalu sayangkan KPM dan dunia pendidikan. Cuma adab Melayu, bila bertandang ke rumah orang, tidak molek kita membuat onar sesuka hati.

“Saya tak mahu jadi tetamu yang biadab terhadap tuan rumah yang baik hati. Kerana kasih dan menghormati tuan rumah saya undur diri,” katanya.

Menurut Cikgu Fadli, beliau akan terus berada dalam bidang pendidikan, cuma dalam haluan yang berbeza.

“Suara saya akan sentiasa ada. Terima kasih buat seluruh warga KPM selama ini. Maafkan diri ini atas apa jua salah,” katanya.

Berita tersebut turut dikongsikan oleh rakannya, yang juga seorang pempengaruh media sosial, Akhi Fairuz Al-Jengkawi di laman Facebook, sebentar tadi.

“Terima berita yang ‘mengejutkan’ petang ini. Cikgu Mohd Fadli Salleh mengambil keputusan untuk bersara awal sebagai guru.

“Semalam, beliau begitu sibuk dalam live berkongsi ilmu dengan para ibu bapa tentang latihan menjawab mata pelajaran Matematik.

“Hari ini tiba -tiba sahaja diberitakan sudah bersara,” kata Akhi Fairuz dalam sebuah hantaran di laman Facebook. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI