fbpx

Kadar pertukaran USD, RM tidak tepat – BNM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Bank Negara Malaysia (BNM) memaklumkan kadar pertukaran Dolar Amerika (USD) dengan Ringgit Malaysia (RM) yang tersebar di laman carian Google seperti yang tular di laman media sosial adalah tidak tepat.

Malah kata BNM kadar itu juga sebenarnya adalah berbeza berbanding data tidak tepat tersebut.

“Bagi USD/MYR, kadar pertukaran yang tidak tepat iaitu 6.24 telah dicatatkan melalui Google.

“Walau bagaimanapun, julat perdagangan tinggi dan rendah bagi USD/MYR yang dicatatkan dalam pasaran antara bank tempatan bagi ringgit adalah antara 4.7480 dengan 4.7630 pada 5 Februari, seperti yang disiarkan melalui laman sesawang BNM,”katanya dalam satu kenyataan.

Justeru, BNM mengingatkan agar orang ramai berwaspada dan menggunakan sumber yang disahkan sebagai rujukan utama.

“Orang ramai diingatkan supaya sentiasa berwaspada dalam menggunakan sumber yang tidak dapat disahkan sebagai rujukan berhubung dengan ringgit,”ujarnya.

Terdahulu, tular di media sosial apabila beberapa individu berkongsi tangkap layar kadar pertukaran terkini USD kepada RM pagi tadi.

Berdasarkan perkongsian tersebut, mereka mendakwa kadar pertukaran bagi 1 USD adalah bersamaan RM6.24.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI