fbpx

Azalina, Fahmi pengerusikan mesyuarat cadangan undang-undang jenayah siber

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azalina (tengah) dan Fahmi (kanan) ketika mempengerusikan mesyuarat berkenaan, semalam.

PETALING JAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang Dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said dan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Cadangan Penggubalan Undang-Undang Baharu berkaitan kemudaratan jenayah dalam talian, semalam.

Menurut Azalina, inisiatif cadangan penggubalan undang-undang baharu ini mencerminkan keprihatinan Kerajaan Madani dalam memastikan keselamatan rakyat dalam alam siber tidak terus terancam.

“Perkhidmatan dalam talian pada masa kini merupakan satu keperluan dan menjadi antara elemen terpenting dalam kehidupan seharian.

“Perkembangan ini telah membuka banyak peluang baharu, terutamanya dalam bidang perniagaan sekaligus menjadikan kehidupan rakyat semakin mudah dan selesa.

“Namun, dalam kita menikmati manfaatnya, alam siber kini dieksploitasi sehingga telah menjadi lubuk jenayah siber yang semakin berleluasa dan berada pada tahap yang membimbangkan,” katanya di aplikasi X.

Mesyuarat berkenaan menurutnya, turut dihadiri oleh pegawai-pegawai daripada pelbagai kementerian, agensi dan badan-badan yang berkaitan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI