fbpx

Pepsi tawar hadiah bernilai RM288,888 melalui kempen Finish the Unfinished

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pepsi menggalakkan penggunaan botol minuman 1.5 liter supaya air minuman boleh dinikmati mengikut keperluan.

PETALING JAYA  – Pepsi menawarkan hadiah bernilai lebih daripada RM288,888 melalui kempen terbaharunya iaitu Finish the Unfinished yang menggalakkan masyarakat lebih berjimat dengan menghabiskan hidangan makanan atau minuman yang dihidangkan ketika menyambut perayaan Tahun Baharu Cina.

Ini adalah cara Pepsi  memupuk semangat kemampanan dengan cara yang lebih ceria pada sambutan kali ini.

Dalam tahun tahun yang lepas, Pepsi melihat trend yang sama dalam kalangan rakyat di negara suka meninggalkan makanan tanpa dihabiskan ketika menyambut mana-mana perayaan.

Naib Presiden Pemasaran Etika, Amy Gan berkata, Pepsi kini menganjurkan kempen untuk menggalakkan masyarakat untuk mengurangkan pembaziran pada musim perayaan ini dan ia telah mendapat sambutan positif daripada pengguna. 

“Oleh itu, kami mengesyorkan semua untuk beralih kepada botol minuman 1.5 liter untuk dihidangkan kepada tetamu supaya mereka boleh nikmati minuman dengan kadar yang mencukupi,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan.

Selain itu, beliau menerangkan bersempena Tahun Naga, syarikat menawarkan peluang kepada pelanggan untuk memenangi tiga  cawan emas bernilai RM288,888 untuk menceriakan seisi keluarga. 

Semua pembeli boleh mendapatkan peluang untuk memenangi salah satu daripada tiga  cawan emas Pepsi setiap kali membuat pembelian bernilai RM28 dan ke atas daripada Pepsi atau mana-mana jenama yang mengambil bahagian.

Cawan tersebut dibuat daripada 99.9 peratus emas tulen dan pastinya ia akan membawa kegembiraan dan keceriaan kepada keluarga. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI