fbpx

Penyamun kebas timah 30 tan bernilai RM80,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

REMBAU – Seorang pemandu lori berhadapan detik cemas apabila dirinya diikat dan ditinggalkan di kebun kelapa sawit sebelum penyamun melarikan muatan timah bernilai RM80,000 dalam kejadian di Jalan Pilin, Pedas, di sini, Khamis lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8. 45 malam itu, mangsa lelaki berusia lingkungan 50-an ditinggalkan lebih empat jam di kawasan ladang dalam keadaan terikat dan berjaya keluar mendapatkan bantuan rakan di kilang kira-kira pukul 1 pagi.

Menurut Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Hazri Mohamad, pihaknya menerima laporan daripada mangsa di Balai Polis Kota pada pukul 4.43 pagi, Jumaat lalu dan telah menemui treler yang disamun di tepi jalan Tampin-Linggi.

“Bagaimanapun, muatan logam timah yang dianggarkan sebanyak 13 ketul iaitu bersamaan 30 tan bernilai RM80,000 telah tiada dipercayai diambil suspek.

“Mangsa telah diserang lebih tiga lelaki di depan kilang ketika mahu membuka pintu pagar sebelum treler tersebut dilarikan,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Tambahnya, usaha mengesan pelaku sedang dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

RSS Error: A feed could not be found at `https://www.relevan.com.my/feed`. This does not appear to be a valid RSS or Atom feed.