fbpx

Anggota polis patah tulang rusuk, bahu dilanggar dengan sengaja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis yang cedera parah akibat dilanggar suspek di Jalan Tanjung Rambutan-Chemor di Ipoh semalam. - Foto IHSAN PDRM

IPOH – Seorang anggota polis patah tulang rusuk dan bahu akibat dilanggar dengan sengaja sebuah kereta ketika sedang melakukan rondaan cegah jenayah bermotosikal di Jalan Tanjung Rambutan-Chemor di sini semalam.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian berkenaan kira-kira pukul 7.30 malam melibatkan anggota polis berusia 34 tahun tersebut.

“Hasil siasatan awal mendapati mangsa bersama seorang lagi pegawai rendah polis telah membuat rondaan cegah jenayah bermotosikal di Jalan Tanjung Rambutan-Chemor dan telah menghampiri sebuah kereta jenis Proton Iriz berwarna biru dalam keadaan mencurigakan di tepi jalan tersebut.

“Pemandu kereta (suspek) tersebut telah bertindak mengundurkan kereta yang dinaikinya dan terus melanggar motosikal mangsa menyebabkannya terjatuh,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Beliau berkata, setelah melanggar mangsa, suspek menggerakkan kereta ke hadapan dan mengundur sekali lagi hingga melanggar mangsa buat kali kedua.

“Suspek kemudiannya memecut kereta meninggalkan tempat kejadian dan menghala ke arah Tanah Hitam.

“Akibat daripada impak pelanggaran tersebut, mangsa telah mengalami kecederaan dan tidak dapat bergerak. Pemeriksaan awal oleh pihak hospital mendapati mangsa mengalami patah tulang rusuk dan tulang bahu,” katanya.

Mohd. Yusri berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun.

“Pihak polis sedang giat mengesan pemandu kereta terlibat. Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh salurkan kepada Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di Asisten Superintendan Norazlina Rais Ahmad di talian 013-6282176 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI