fbpx
PEMILIK rumah itu juga sering membawa pulang rakan lelaki ke rumah dan mereka berdua menghabiskan masa bersama-sama dalam bilik. – Gambar hiasan

Diganggu tuan rumah bernafsu songsang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SETELAH menamatkan pengajian, seorang lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Rizal mengambil keputusan untuk berhijrah dan bekerja di ibu kota Kuala Lumpur.

Dia yang berasal dari satu negeri di Pantai Timur mengambil keputusan untuk merantau kerana merasakan peluang untuk dirinya mendapat pekerjaan yang baik di ibu kota lebih cerah.

“Rezeki saya apabila diterima untuk bekerja di sebuah syarikat dan ditawarkan dengan gaji yang agak baik.

“Saya sebenarnya tiada saudara-mara di ibu kota dan untuk berjimat, saya mengambil keputusan untuk menyewa sebuah bilik sahaja,” katanya yang kini berusia awal 20-an.

Rizal menjelaskan, dia menyewa sebuah bilik dan tinggal bersama dengan tuan rumah itu yang turut tinggal di dalam rumah tersebut serta seorang lagi penyewa lain.

Setelah hampir tiga bulan menyewa bilik itu, dia akhirnya menyedari bahawa pemilik rumahnya itu bernafsu songsang.

Malah, pemilik rumah itu sebenarnya juga bernafsu kepada dirinya.

“Pada mulanya saya tidak menyedari akan hal tersebut, tetapi lama-kelamaan baru saya menyedari bahawa pemilik rumah saya ini mempunyai nafsu terhadap kaum sejenis.

“Sebelum ini saya juga sering melihat pemilik rumah ini membawa rakannya pulang ke rumah dan mereka berdua sering menghabiskan masa bersama di dalam bilik,” jelasnya.

Bukan itu sahaja, Rizal juga mendapati pemilik rumahnya itu sering akan berada di luar jika dia selesai mandi.

Pada mulanya, Rizal tidak merasakan apa-apa tetapi apabila terlalu kerap melihat situasi itu dia mula merasakan sesuatu.

“Setiap kali saya selesai mandi dia akan melihat saya yang hanya bertuala dengan tatapan mata yang tajam.

“Bukan itu sahaja, ada satu ketika secara spontan dia menyatakan bahawa saya berbau wangi sambil mengukir senyuman kepada saya,” terangnya.

Dalam pada itu, Rizal menyatakan bahawa ada juga peristiwa di mana pemilik rumahnya itu mengajaknya untuk keluar menonton wayang.

Disebabkan pada ketika itu Rizal agak kebosanan, dia pun menerima pelawaan itu dan mereka berdua menonton filem seram.

“Ketika menonton filem seram ini, dia beberapa kali mengambil kesempatan untuk memegang tangan saya apabila tibanya babak-babak yang menyeramkan.

Rizal mendapati barangan di dalam biliknya seolah beralih dari tempat asalnya seperti telah dipecah masuk seseorang.
– GAMBAR HIASAN

“Dia memberi alasan takut, tetapi saya cuba menolak apabila dia ingin memegang lagi,” terangnya.

Sejak peristiwa itu, Rizal mula untuk menjauhkan diri dengan pemilik rumahnya itu.

Namun pada masa sama, Rizal menjelaskan pemilik rumahnya itu juga sering masuk ke biliknya sewaktu dia tiada di rumah.

Dia mendapati pakaiannya yang disimpan olehnya seakan telah dialih oleh orang lain.

“Saya dapat merasakan seperti ada orang yang masuk ke dalam bilik saya meskipun dikunci.

“Hanya pemilik rumah yang ada kunci bilik saya dan sudah semestinya dia yang masuk ke dalam bilik saya.

“Saya melihat pakaian saya terutamanya yang telah dipakai dan ada di dalam bakul seakan telah beralih tempat,” jelasnya.

Tambahnya, ada juga peristiwa di mana Rizal mendapati ada kesan seperti air mani seseorang pada seluar dalamnya yang diletakkan di dalam bakul itu.

Hal itu membuatkan dirinya terganggu dan akhirnya mengambil keputusan untuk tidak lagi menyewa di rumah itu.

Sebelum dia keluar dari rumah itu, penyewa lain yang ada di dalam rumah itu juga terlebih dahulu telah berhenti menyewa di rumah tersebut.

Rizal kemudiannya menghubungi penyewa itu untuk mengetahui punca dia meninggalkan rumah tersebut.

“Penyewa yang satu lagi itu turut menceritakan bahawa dia juga mengalami hal yang sama dan atas sebab itu mengambil keputusan untuk keluar dari rumah itu.

“Saya juga akhirnya mengambil keputusan untuk keluar sebelum berlaku perkara yang tidak diingini dan kini saya rasa lebih selamat kerana menyewa rumah bersama teman sekerja saya,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN