fbpx

Siasatan kes buli pelajar MCKK selesai – KPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadhlina ketika ditemui pemberita di Kampus Kejuruteraan USM, Nibong Tebal, hari ini.

SEBERANG PERAI – Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan siasatan berhubung kes buli membabitkan seorang pelajar di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), Perak pada September lalu, telah selesai dijalankan.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, hasil siasatan mengenai insiden berlaku sudah diserahkan kepada pihak autoriti untuk meneruskan tindakan lanjut.

“Siasatan daripada pihak kita (KPM) telah selesai dan hasil siasatan juga telah diserahkan kepada pihak autoriti untuk meneruskan apa saja tindakan.

“Jadi kita tunggu apa pula tindakan daripada pihak berkaitan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Penutupan Sesi Libat Urus bersama Lembaga Pengelola Sekolah (LPS) dan Penyerahan Cek BAP Pulau Pinang di Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM), di sini hari ini.

Dalam kejadian pada 24 September lalu, seorang pelajar Tingkatan Empat sekolah berprestij itu dilaporkan mengalami kecederaan dan terpaksa mendapatkan rawatan di hospital selepas mendakwa diserang empat pelajar senior.

Insiden berkenaan didedahkan ibu mangsa menerusi perkongsian di platform media sosial, namun Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) MCKK meluahkan kekesalan terhadap tindakan itu kerana didakwa memberi imej buruk kepada sekolah terbabit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI