fbpx

13 PATI lari depot ditangkap dalam kebun jambu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

TAPAH – Seramai 13 lagi warga asing yang melarikan diri dari Depot Imigresen Sementara Bidor, di sini kelmarin, berjaya ditahan dalam operasi petang ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, kesemua lelaki itu diberkas dalam kawasan kebun jambu di Kampung Senta, Bidor.

“Tangkapan terbaharu itu menjadikan jumlah yang ditangkap dalam operasi masuk hari ketiga itu ialah seramai 37 orang,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan seramai 131 warga asing melarikan diri dari blok lelaki depot itu merangkumi 115 etnik Rohingya, 15 warga Myanmar dan seorang warga Bangladesh.

Bagaimanapun, seorang daripada tahanan berkenaan maut selepas dilanggar kenderaan ketika cuba melarikan diri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI