fbpx

Warga emas dihalau anak selepas serah hak milik rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasangan itu kini terpaksa menyewa. - Baidu

BEIJING – Sepasang suami isteri di China diusir oleh anak lelaki mereka selepas menandatangani surat penyerahan hak milik rumah kepada cucu sendiri, lapor portal berita South China Morning Post.

Jin, 86, menyesali keputusannya apabila terpaksa menyewa selepas dia dan isterinya dihalau oleh anak lelaki dan menantunya.

Mereka tinggal di sebuah rumah pangsa sejak tahun 1990-an. Kediaman itu diberikan oleh sebuah universiti tempat Jin bekerja.

Ketika dia masih lemah selepas menjalani pembedahan, anak lelaki dan menantu Jin mula meminta dia menyerahkan rumah bernilai 1.05 juta yuan (RM698,454) itu kepada cucunya.

“Mereka sebenarnya tidak membayar satu sen pun. Hak milik rumah itu jatuh atas nama cucu saya,” kata Jin.

Mimpi ngeri Jin bermula pada tahun lepas apabila anaknya memberitahu bahawa dia akan menjual rumah itu untuk membeli sebuah vila. Apabila Jin cuba menghalangnya, dia dimaki hamun oleh anaknya.

Pasangan itu terpaksa tinggal menyewa sementara mendapatkan nasihat undang-undang untuk cuba mendapatkan rumah mereka semula. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI