fbpx

Wanita terjatuh dalam lori sampah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa terperangkap selepas terjatuh ke dalam lori sampah. - Dunya News

CONCORD, NEW HAMPSHIRE – Seorang wanita di negeri New Hampshire berjaya diselamatkan selepas terjatuh ke dalam lori sampah ketika keluar membuang sampah, lapor akhbar Montana Standard.

Mangsa bernasib baik apabila jeritannya didengari jiran, manakala ruang tempat sampah itu dibuang dilengkapi sebuah kamera.

Pemandu lori sampah itu segera menghubungi talian kecemasan apabila melihat mangsa terperangkap.

Ketika panggilan dibuat, pemandu lori itu dilaporkan sudah mengutip sampah sebanyak empat kali, kata Jabatan Bomba Manchester dalam satu kenyataan.

Pasukan penyelamat kemudian menggunakan tangga untuk naik ke atas bumbung lori dan mengeluarkan mangsa. Wanita itu kemudian dibawa ke hospital.

“Saya tidak pernah melihat perkara seperti ini sepanjang 32 tahun bekerja” kata Ketua Batalion Bomba New Hampshire, Bob Beaudet. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI