fbpx

Suasana tenang, terkawal berhampiran Depot Imigresen Sementara Bidor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suasana di hadapan Depot Imigresen sementara Bidor..-Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

TAPAH – Suasana tenang dan majoriti penduduk menjalani kehidupan rutin seperti biasa walaupun digemparkan dengan berita seramai 131 orang meloloskan diri dari Depot Imigresen Sementara Bidor di sini kira-kira pukul 9.50 malam semalam.

Seorang pengawal keselamatan di sebuah sekolah menengah berhampiran yang ingin dikenali sebagai Ramli, 52, berkata, beliau terkejut apabila menerima maklumat mengenai insiden itu menerusi WhatsApp.

“Memang ramai pada waktu malam semalam dengan kelibat ramai anggota polis, imigresen dan RELA yang bertugas tidak seperti biasa.

“Majoriti penduduk taman perumahan berhampiran juga mengambil langkah keselamatan dengan tidak keluar pada waktu lewat malam semalam selain mengunci tingkap dan pintu utama rumah,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Tinjauan bermula pukul 9 pagi tadi mendapati terdapat beberapa sekatan jalan raya (SJR) di lokasi strategik di bandar ini, Tapah dan Kampar.

Lokasi depot imigresen itu berhampiran Lebuh Raya Utara-Selatan dan kawasan sekelilingnya ialah ladang kelapa sawit berskala besar, sungai kecil serta jalan yang tidak rata.. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI