fbpx

Saya sudah maafkan dia, halalkan susu – Ibu anggota tentera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ruzita (tiga dari kiri) yang tidak dapat menahan perasaan cuba ditenangkan oleh keluarganya di Jabatan Forensik HSB di Alor Setar, hari ini.

ALOR SETAR – “Saya reda arwah (anak) ‘pergi’, cuma hendak bisik di telinganya beritahu saya sudah maafkan dia dan halalkan semua makan minum dan susu, itu sahaja.”

Demikian ungkapan sayu ibu anggota tentera yang maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di  Kilometer 77.5, Lebuh Raya Utara-Selatan di Gurun, dekat sini hari ini.

Menurut Ruzita Zulkifli, 58, anaknya, Allahyarham Lans Koperal Mohd. Hafiz Haris, 30, meninggal dunia pada hari Jumaat dan ketika berkhidmat bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Saya reda dan ikhlas arwah sudah tiada (meninggal dunia), arwah pergi pada hari Jumaat yang mulia dan ketika bertugas.

“Saya cuma nak bisik di telinga cakap saya sudah maafkan dia dan halalkan semuanya makan minum dan susu saya, itu sahaja. Mungkin betul orang cakap, kalau orang baik Allah akan ‘ambil’ dahulu,” katanya ketika ditemui di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini hari ini.

Menurut Ruzita, kali terakhir dia bertemu dengan arwah yang merupakan anak kedua daripada empat beradik pada Rabu lepas.

“Hari Rabu kami pergi ke rumahnya di Pengkalan Hulu, Perak. Pada Isnin arwah dan isterinya (Nur Hasni Ishak) datang melawat kami di Bukit Selambau, Sungai Petani.

“Dia tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda dan riang macam selalu,” ujarnya.

Tambahnya, Mohd. Hafiz yang sudah tiga tahun bernikah baru beberapa bulan berpindah dari rumahnya di Bukit Selambau dan menetap di Kem Pengkalan Hulu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI