fbpx

Kita jangan jadi bodoh sangatlah – Razarudin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razarudin

PETALING JAYA – Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mahu pengurusan tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar bertanggungjawab dalam menyelia pegawai dan anggota polis secara menyeluruh.

“Kita perlu menjaga tepi kain, pasal orang (masyarakat) melihat melalui kita (polis) dengan gajet dan dashcam.

“Kita jangan jadi bodoh sangatlah kerana ini bukan tahun-tahun dahulu. Sekarang ini, visi, misi kita dengan logo tangan bersalaman, amalan anti rasuah, polis dan masyarakat berpisah tiada semua ada,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap semasa memberikan Amanat Ketua Polis Negara sempena perjumpaan khas bersama kepimpinan PDRM dan Ketua Polis Daerah Semenanjung Malaysia di Maktab PDRM Cheras, di sini, malam tadi.

“Memang kita bekerja untuk masyarakat tetapi ada satu dua kes (salah laku) dilihat jelas menyusahkan masyarakat.

“Apa yang ada di badan (uniform dan logo) seolah-olah tak betul,” katanya.

Razarudin berpendapat bahawa anggota mahupun pegawai yang terlibat salah laku tidak sepatutnya berada dalam perkhidmatan kerana telah mencalarkan imej PDRM.

“Sekiranya berlaku selepas ini, anggota yang melakukan kesalahan dan melanggar peraturan dan disiplin perlu dilaporkan kepada saya.

“Saya nak KPD laporkan kepada saya ‘on the spot’,” tegasnya.

Beliau berkata demikian susulan beberapa pegawai dan anggota polis akhir-akhir ini dilaporkan terlibat dalam beberapa kes salah laku dan jenayah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI